Skip to main content

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2014 – Pengunjung ke Hari Koperasi Negara 2014 boleh mengenali lebih dekat Global Halal Exchange, iaitu ePasaran untuk industri Halal di mana syarikat atau individu boleh mendapat pembekal atau pembeli bagi produk dan perkhidmatan mereka serta mendapat dan bertukar maklumat tentang industri Halal dalam beberapa klik.

ePasaran ini, yang boleh diakses melalui globalhalalexchange.com, merupakan antara pameran Suruhanjaya Koperasi Malaysia di acara tersebut yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos 2014 di Stadium Mini Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dijadual untuk dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Global Halal Exchange menawarkan akses dan kemudahan transaksi melalui ciri dan perkhidmatan bagi membantu mewujudkan peluang perniagaan dan membangunkan jaringan perniagaan serta meluaskan pemahaman industri Halal; semua ini di satu hentian dan persekitaran atas talian.

Global Halal Exchange mengandungi dua komponen utama iaitu Halal Marketplace, iaitu satu segmen Perniagaan-kepada-Pengguna (B2C), dan Halal Trade Centre, iaitu satu segmen Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B).

Pakej langganan ePasaran ini disesuaikan bagi keperluan pengeluar, peniaga dan penyedia- penyedia perkhidmatan untuk industri Halal di mana mereka bukan sahaja boleh memasarkan produk dan perkhidmatan mereka tetapi juga mendapat kemudahan seperti eStore, sistem pengurusan perisian, latihan serta Helpdesk (melalui telefon & e-mel).

Dengan ciri-ciri sedemikian, Global Halal Exchange adalah amat sesuai untuk koperasi yang mahu mengembangkan perniagaannya dalam industri Halal melalui ePasaran. Di sepanjang acara Hari Koperasi Negara 2014, para pegawai dari Global Halal Exchange bersedia untuk menjawab sebarang soalan dan pertanyaan berkenaan ePasaran ini.

Global Halal Exchange berbangga kerana turut terlibat dalam Hari Koperasi Negara tahun ini di mana antara objektifnya adalah mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadbiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.