Kuala Lumpur, 16 Julai 2014 – Membeli, menjual dan pemasaran produk dan perkhidmatan untuk industri Halal sekarang dapat dipermudah dan lebih senang diakses dengan Global Halal Exchange.
ePasaran ini, yang boleh diakses melalui globalhalalexchange.com, telah membawa industri Halal ke atas talian di mana syarikat atau individu boleh mendapat pembekal atau pembeli bagi produk dan perkhidmatan mereka serta mendapat dan bertukar maklumat tentang industri Halal dalam beberapa klik.
Global Halal Exchange menawarkan akses dan kemudahan transaksi melalui ciri dan perkhidmatan bagi membantu mewujudkan peluang perniagaan dan membangunkan jaringan perniagaan serta meluaskan pemahaman industri Halal; semua ini di satu hentian dan persekitaran atas talian.
Global Halal Exchange mengandungi dua komponen utama iaitu Halal Marketplace, iaitu satu segmen Perniagaan-kepada-Pengguna (B2C), dan Halal Trade Centre, iaitu satu segmen Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B).
Pakej langganan ePasaran ini disesuaikan bagi keperluan pengeluar, peniaga dan penyedia- penyedia perkhidmatan untuk industri Halal di mana mereka bukan sahaja boleh memasarkan produk dan perkhidmatan mereka tetapi juga mendapat kemudahan seperti eStore, sistem pengurusan perisian, latihan serta Helpdesk (melalui telefon & e-mel).
Pembeli pula mempunyai akses kepada pelbagai produk dan perkhidmatan Halal manakala pengunjung Halal Global Exchange yang lain boleh mendapatkan dan bertukar maklumat tentang industri Halal seperti berita terkini berkenaan industri tersebut.
Global Halal Exchange adalah satu perkhidmatan baharu dari DNeX melalui satu kolaborasi dengan Carwin Solutions, pemilik dan pengurus pusat membeli belah maya, my1stop.com.my.
